TENTANG KAMI

Mengapa kami fokus kepada Perkahwinan untuk Muslimah di Malaysia, walaupun terbuka kepada Muslimah dan Lelaki Islam dari seluruh dunia? Kerana di Malaysia kita mempunyai Muslimah-muslimah dari pelbagai Kewarganegaraan, dimana mereka bekerja, belajar atau tinggal di Malaysia, di mana kebanyakannya boleh bercakap sama ada dalam Bahasa Kebangsaan Melayu atau Bahasa Inggeris, atau kedua-duanya.
Majoriti Muslim Sunnah Malaysia adalah dari bangsa Pribumi (Bumiputera) Melayu yang pelbagai Etnik atau Suku kaum, di dalam sejarah gemilang kami di seluruh Kepulauan Melayu, yang termasuk Semenanjung Tanah Melayu kami (kini dipanggil Semenanjung Malaysia).
Seterusnya, Islam berdasarkan akidah Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, boleh diamalkan secara bebas di Malaysia, kerana Islam dilindungi dalam Undang-undang Perlembagaan Persekutuan kami. Oleh itu, umat Islam Sunnah yang soleh di seluruh dunia boleh menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua, termasuk di bawah program Kerajaan Malaysia, Malaysia My Second Home (iaitu MM2H, di https://www.imi.gov.my/ ), untuk cuba membesarkan anak-anak mereka dengan selamat dan gembira sebagai umat Islam Sunnah yang taat di Malaysia, tidak seperti dalam tamadun-tamadun yang sangat liberal di Barat atau di banyak bahagian lain dunia, jika pasangan Muslim yang sepadan memutuskan untuk tinggal di Malaysia.
Disamping itu, kebanyakan umat Islam Sunnah di Malaysia juga biasanya mesra, suka menolong, baik hati dan merendah diri, terutamanya antara Ummah kita. Selain itu, Malaysia adalah sebuah Negara yang mempunyai alam semula jadi yang indah dengan Lautan, Hutan Tropika dan Gunung-ganang (Banjaran gunung-ganang kami, sebenarnya berasal dan
bersambung dari Banjaran Himalaya, sejak ratusan juta tahun dahulu).